SIJIL KEMAHIRAN

JENIS-JENIS SIJIL KEMAHIRAN

Persijilan Kemahiran Malaysia adalah sijil yang dikeluarkan oleh Kementerian Sumber Manusia (KSM). Persijilan in terdiri daripada 5 jenis sijil iaitu :-

  1. Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1
  2. Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2
  3. Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3
  4. Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4
  5. Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) Tahap 5

 

KAEDAH MEMPEROLEHI SIJIL

Persijilan Kemahiran Malaysia boleh diperolehi melalui tiga (3) kaedah:-

1.  Melalui Latihan di Institusi yang Diiktiraf (SLaPB) - Kaedah melalui program latihan kemahiran di pusat-pusat bertauliah JPK bagi bidang & tahap kemahiran yang tertentu dan telah ditauliahkan.

2.  Melalui Latihan Berorientasikan Industri (SLDN) - Kaedah latihan perantisan dalam Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) yang dijalankan di industri dan institut latihan kemahiran.

3. Melalui Pentauliahan Pencapaian Terdahulu (PPT) - Kaedah mendapatkan Persijilan KemahiranMalaysia melalui pengalaman lalu (kerja atau latihan). Calon dikehendaki mengemukakan bukti-bukti ketrampilan yang telah dimiliki untuk dinilai oleh Pegawai Penilai dan disahkan oleh Pengawai Pengesah Luaran yang dilantik JPK.

 

FAEDAH PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA

  1. Diiktiraf oleh Kementerian Sumber Manusia
  2. Diiktiraf oleh industri di Malaysia
  3. Boleh digunakan oleh penjawat awan untuk kenaikan pangkat.
  4. Boleh ditunjukan kepada KPDNKK apabila mereka datang untuk pemeriksaan kelayakan mekanik.
  5. Persijilan Kemahiran Malaysia menyediakan suatu laluan kerjaya dan pembangunan diri yang menarik setanding dengan laluan kerjaya berasaskan kelayakan akademik.
  6. Persijilan Kemahiran Malaysia berupaya melahirkan pekerja mahir yang terlatih dan berkelayakan untuk mempertingkatkan daya saing industri tempatan di pasaran dunia.

Rajah 1 : Contoh Sijil Diploma Kemahiran Malaysia Tahap 4

Rajah 2 : Contoh Sijil Diploma Kemahiran Malaysia Tahap 4 untuk kursus IT

Rajah 3 : Contoh Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 1/2/3



No comments:

Post a Comment

Peraturan baru: Bengkel perlu pamer senarai nama mekanik Diterbitkan:   Jul 17, 2023 9:35 AM ⋅ Dikemaskini:  9:35 AM Pengusaha bengkel kini ...